Matlamat
Kaedah permainan bahasa mempunyai matlamat dan tujuan dalam melaksanakannya. Kaedah permainan bahasa merupakan salah satu instrumen yang penting dalam menggarap matlamat pendidikan. Antara tujuan permainan bahasa diadaptasikan dalam pengajaran dan pembelajarn adalah seperti berikut :
Kaedah permainan bahasa mempunyai matlamat dan tujuan dalam melaksanakannya. Kaedah permainan bahasa merupakan salah satu instrumen yang penting dalam menggarap matlamat pendidikan. Antara tujuan permainan bahasa diadaptasikan dalam pengajaran dan pembelajarn adalah seperti berikut :
·
Mewujudkan
senario pembelajaran yang berlainan daripada Pengajaran dan pembelajaran biasa.
·
Murid
diberi peluang untuk menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan bertutur
semasa bermain.
·
Memberi
peluang kepada murid untuk menambahkan lagi perbendaharaan kata mereka.
·
Mewujudkan
suasana pembelajaran yang efisyen. Iaitu Murid dapat berinteraksi antara satu
sama lain tanpa rasa malu atau segan dan menimbulkan minat untuk bekerjasama
dalam satu kumpulan atau pasukan di dalam mana-mana aktiviti yang akan
dijalankan.
·
Guru
mempelbagaikan teknik-teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa supaya
ia lebih menarik dan berkesan.
·
Naluri
ingin tahu dan bermain adalah sesuatu yang bersifat ( natural) semulajadi di
kalangan murid. Jesteru itu, dengan pendekatan permainan bahasa diharap suasana
pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan menyenangkan murid.
·
Aktiviti
bahasa akan dapat mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada
murid mengapliksikannya di dalam situasi yang pelbagai.
·
Aktiviti
permainan merupakan salah satu contoh kepada guru untuk membentuk suasana
pengajaran yang lebih mencabar.
·
Membolehkan
murid memperolehi ilmu pengetahuan (knowledge) melalui pelbagai instrumen
seperti melalui proses pemerhatian, perbandingan dan pembinaan.
Objektif
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah permainan ini juga mempunyai beberapa objektifnya yang tersendiri. Antara objektif tersebut ialah ;
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah permainan ini juga mempunyai beberapa objektifnya yang tersendiri. Antara objektif tersebut ialah ;
·
Merangsang
Interaksi Verbal Murid.
Di dalam permainan yang telah dipilih, murid
akan diminta bercakap atau mempraktikkan ungkapan-ungkapan tertentu. Disamping
itu, mereka juga diminta memberi kerjasama kepada guru di dalam menjayakan
permainan bahasa yang akan dilaksanakan dalam Pengajaran dan pembelajaran. Oleh
yang demikian, semua pelajar perlulah terlibat secara aktif. Guru perlu memberi
rangsangan dan dorongan kepada murid sehingga mereka terasa sumbangan mereka
dihargai dan diperlukan di dalam kumpulan. Mereka juga akan bersedia apabila
diminta bercakap mengenai sesuatu tajuk. Semua murid akan mengambil bahagian
dan saling berkomunikasi antara satu sama lain di dalam kumpulan. Keadaan
sedemikian akan menghasilkan suatu suasana pembelajaran yang lebih menarik dan
berpusat kepada murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara dan mengawal
disiplin bilik darjah supaya proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan
berkesan.
·
Menambah
Kefasihan dan Kefahaman.
Jenis permainan yang dipilih seharusnya
mempunyai matlamat dan objektif iaitu mempertingkatkan kelancaran dan kefasihan
berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan di dalam
sesuatu permainan itu tidak seharusnya terhad kepada beberapa struktur ayat
sahaja, bahkan fungsi berbahasa juga boleh dijalankan dalam berbagai peringkat
kerumitan berbahasa. Permainan yang mengandungi kegiatan-kegiatan yang memberi
arahan misalnya boleh dimainkan kepada semua peringkat bergantung kepada
pengetahuan berbahasa dan kefasihan tertentu murid. Murid biasanya akan menjadi
lebih seronok apabila berhadapan dengan kaedah permainan yang mencabar. Secara
tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka berbahasa
dengan menggunakan bahasa yang telah mereka pelajari. Pada waktu yang sama,
guru peranan sebagai pemberi maklumat bahasa.
·
Bertindak
sebagai alat mengikis bosan.
Perasaan bosan atau jemu adalah salah satu
sifat yang normal bagi seorang guru. Begitu juga kepada murid. Mereka akan
menjadi lekas bosan, jemu, mengantuk dan lapar apabila menjelangnya waktu
tengahari. Apabila berada dalam situasi sebegini seorang guru yang cuba
menyampaikan maklumat atau info terutamanya yang berkaitan dengan pengetahuan
tatabahasa ataupun aspek berbahasa yang lain akan menghadapi masalah. Ini
kerana suasana pada waktu itu amat menjemukan dan membosankan murid. Oleh yang
demikian sebagai langkah altenatif kepada permasalahan ini, satu aktiviti
pembelajaran yang berbentuk permainan amat sesuai sekali digunakan sebagai satu
teknik pengajaran yang berkesan dan reliven pada waktu itu.
·
Alat
Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan
Pendekatan permainan amat sesuai sebagai
instrument pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Jika dilihat kepada
ciri-cirinya, pemainan bahasa dapat membantu kumpulan murid yang lemah dari
aspek Intelligent Quality (IQ) untuk memahami pendekatan proses pembelajaran.
Kumpulan murid yang bermasalah di dalam akademik juga boleh diatasi dengan
pendekatan permainan bahasa. Mereka mungkin menghadapi masalah pengamatan,
pendengaran, penangkulan atau recall review dan hafazan akan dapat diatasi
sedikit demi sedikit dengan melibatkan mereka di dalam aktiviti-aktiviti yang
bercorak permainan.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui
Rancangan Kurikulum Sekolah Menengah KBSM (1998) juga telah menyenaraikan beberapa objektif
permainan bahasa melalui pengajaran dan pembelajaran. Antaranya :
·
Untuk
mengukuhkan lagi kecekapan berbahasa dan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis.
·
Untuk
membolehkan pelajar menguasai kemahiran berbahasa tertentu mengikut keupayaan
mereka.
·
Untuk
mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada pelajar menggunakan
bahasa yang diajar.
·
Untuk
memperluas dan memperkaya pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang
bahasa.
·
Untuk
berinteraksi secara tidak formal melalui aktiviti-aktiviti yang telah
disediakan sama ada melalui perbicangan atau perbualan semasa bermain.
·
Memupuk
sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin, sabar dan amanah.
Ciri-ciri
Permainan Bahasa
Sebelum melaksanakan pendekatan permainan
bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru haruslah
mengetahui tahap dan kebolehan IQ dan EQ murid yang akan diajar bagi memastikan
set permainan bahasa yang bakal diajar nanti tidak membosankan atau menjemukan
murid. Hal ini kerana tahap pemikiran dan kebolehan setiap murid adalah berbeza.
Permainan bahasa ini lebih kepada proses pengukuhan dan pengayaan bagi murid
yang mempunyai tahap pemikiran cerdas dan pintar. Sebaliknya bagi murid-murid
yang lemah IQ, ianya merupakan satu teknik pemulihan untuk membantu mereka
memahami proses pembelajaran. Permainan bahasa ini haruslah dilaksanakan sebaik sahaja
guru mengajar murid-murid. Ia mesti dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi ingatan
dan memupuk minat murid terhadap pembelajaran tersebut. Antara ciri-ciri
permainan bahasa yang baik adalah seperti berikut:
·
Ciri-ciri
umum
o
Gambar-gambar
untuk permainan hendaklah terang dan senang difahami.
o
Arahan
dan peraturan permainan hendaklah jelas dan dapat dipatuhi.
o
Pelajar
yang pandai dan berkebolehan akan membantu guru membaca arahan-arahan
permainan.
o
Jika
permainan itu mengunakan kad, sila pastikan ia senang dan mudah dikendalikan,
dan perkataan yang tertulis hendaklah terang dan mudah difahami dan dibaca.
o
Beri
perhatian kepada pelajar yang sentiasa tewas dalam permainan. Beri peluang
kepadanya sebagai pemerhati untuk jangkamasa yang tertentu.
o
Pastikan
permainan itu mempunyai objektif yag hendak dicapai.
o
Sebaiknya
alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) disediakan sendiri oleh guru terbabit. Apa yang
penting alat-alat tersebut memenuhi fungsi dan mencapai matlamat.
o
Hentikan
permainan anda ketika pelajar masih lagi terasa seronok dengan permainan itu.
Ini penting supaya pelajar tidak jemu untuk permainan seterusnya.
·
Ciri-ciri
Khusus
o
Dapat
mengukuh dan meningkatkan penggunan bahasa seperti penguasaan empat kemahiran
berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
o
Mempunyai
rangsangan dan bahan yang menarik.
o
Memberi
peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar,
pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar dengan bahan.
o
Dapat
merangsang pelajar bertidak balas secara aktif dan positif.
o
Melibatkan
pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas.
o
Mempunyai
arahan dan peraturan yang jelas.
o
Mencabar
dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis.
o
Permainan
bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti
bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.
Kesan-kesan
pengunaan kaedah Permainan Bahasa
Kesan-kesan pengunaan kaedah permainan bahasa
ke atas murid sekolah kebangsaan dilihat dari dua aspek. Pertama kesan positif
dan kedua kesan negatif.
Kesan
Positif ;
·
Murid
lebih bermotivasi untuk mengikuti topik yang diajar.
·
Lebih
menyeronokkan dan pembelajaran lebih ceria.
·
Murid
mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan berani mencuba sesuatu yang
baru.
·
Empat
kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat.
·
Dapat
memupuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif seperti bekerjsama,
berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.
Kesan negatif
·
Permainan
memakan masa yang panjang. Guru sukar untuk melaksanakannya kerana peruntukan
masa yang terhad.
·
Murid
terlalu leka dengan permainan dan pertandingan sehingga objektif tidak mencapai
sasaran sepenuhnya.
·
Sukar
mengawal kelas. Murid akan membuat bising dan mengganggu proses pembelajaran di
bilik sebelah.
·
Set
permainan adakalanya tidak bersesuaian dengan tahap IQ murid.
·
Sukar
mendapat alat BBM yang menarik di pasaran kalau ada pun harga terlalu mahal.
·
Masalah
kewangan untuk membeli bahan atau alat permainan yang siap di pasaran.
·
Alat
BBM yang dibina hanya sesuai untuk satu permainan sahaja.
·
Kekurangan
tempat untuk menyimpan alat permainan dengan selamat.
No comments:
Post a Comment