Sunday 8 November 2015

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)


TAMADUN ISLAM
2.1.1        Konsep
Dari sudut bahasa, tamadun bermaksud kemajuan atau civilization. Perkataan “tamaddun” adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai sebagai salah satu daripada perkataan dalam Bahasa Melayu. Perkataan lain yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana bagi menunjukkan erti “tamadun” ini seperti ‘umran, hadharah dan madaniah.
Dari sudut istilah pula Tamadun Islam ertinya kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam dalam aspek kerohanian dan kebendaan dengan berpandukan kepada al Quran dan al Sunnah Rasulullah s.a.w. Tamadun Islam menekankan kepada kemajuan kebendaan dan kerohanian secara serentak. Tamadun Islam adalah lahir daripada agama Islam sendiri. Dalam perkataan lain agama Islam yang melahirkan Tamadun Islam, berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang melahirkan agama mereka.
2.1.2        Ciri-ciri
1.      Sumber Tamadun Islam daripada al-Quran dan hadis.
2.      Nilai-nilai Tamadun Islam adalah tetap. Ini bermakna nilai baik dan buruk yang menjadi ukuran untuk sesuatu tujuan atau perbuatan adalah berasaskan kepada ajaran al Quran dan hadis bukan kepada hawa nafsu.
3.      Tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun. Sifat ini bermaksud Tamadun Islam menerima tamadun-tamadun asing yang telah mencapai kemajuan dalam berbagai bidang seperti pada zaman kerajaan Abbasiah pelbagai bidang ilmu daripada Greek telah diambil dan diterjemah ke dalam bahasa Arab.
4.      Tamadun Islam sesuai dengan sifat semula jadi manusia. Semua nilai adalah bertujuan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat. Nilai-nilai Tamadun Islam mendorong manusia untuk melakukan tugasnya sebagai khalifah Allah. Tugas ini bermaksud menjalankan peranan sebagai pengurus, pemimpin dan perancang kepada kemajuan dunia ini.
5.      Tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa atau daerah yang tertentu. Oleh itu, Tamadun berlaku di mana-mana seperti di kepulauan Melayu, di India, di Selatan Filipina dan sebagainya.
6.      Tamadun Islam tidak tertakluk kepada masa-masa yang tertentu. Oleh itu, Tamadun Islam boleh berlaku pada zaman Nabi Muhammad (rasul) sehingga zaman kini.
7.       Semua kemajuan yang dicapai semasa pemerintahan Islam dikira Tamadun Islam selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam.

2.1.3        Sumber
Sumber-sumber ketamadunan Islam dibahagikan kepada dua iaitu;
a) Sumber Samawi (Wahyu)
b) Sumber Wad‟ie ( bukan berasaskan wahyu)
Sumber Samawi dikategorikan sebagai Agama Yahudi (diturunkan Kitab Zabur dan Taurat), Agama Nasrani (diturunkan Kitab Injil) dan Agama Islam (diturunkan al-Quran).  Sumber Wahyu dalam Tamadun Islam bermaksud ajaran-ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Sumber utama Tamadun Islam ialah Sumber Wahyu atau Naqli, ia dibahagikan kepada dua iaitu al-Quran dan Hadis.
1.      AL-Quran
Al-Quran ialah semua ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad yang berlaku selama 23 tahun. Muhmmad Abdul Jabar Beg memetik pendapat M. Ali yang mengatakan “al-Quran merupakan pencetus revolusi kelahiran Tamadun Islam”. Kandungan al-Quran secara ringkas mengandungi perkara yang berkaitan aqidah, syariat, akhlak, janji baik atau jahat, cara-cara untuk mendapat kebahagiaan dan kisah orang yang menurut perintah Allah atau melanggar perintah Allah.
2.      Hadis
Hadis ialah kata-kata (selain Quran), perbuatan, dan perlakuan diam Nabi Muhammad. Peranan hadis ialah mentafsir dan menerangkan maksud al-Quran, mengulang dan menyokong kenyataan al-Quran, dan menjelaskan perkara-perkara yang tidak disebut dalam Quran. Sebagai contoh dalam al-Quran tidak menyebut bagaimana cara rukuk dan sujud, maka Nabi telah melakukan perbuatan tersebut. Hasil daripada ajaran-ajaran yang disampaikan oleh al-Quran dan Hadis lahirlah bentuk Tamadun atau kebudayaan umat Islam umpamanya sistem perbankan tanpa faedah dan pakaian yang menutup aurat.
Sumber sokongan pula adalah merujuk kepada sumber yang bukan berasaskan wahyu yang mana ianya diambil dari keupayaan manusia menggunakan sebarang usaha dan potensinya. Antara keupayaan berikut adalah;
a)      Akal
Akal digunakan dalam ijtimak ulamak dan kias iaitu dengan berijtihad menggunakan akal fikiran dalam membuat sesuatu keputusan. Setelah berijtihat baharulah dikeluarkan pendapat yang merupakan ijmak ulamak.
b)      Penemuan Baru dan Warisan
i-Pancaindera yang lima
ii-Pengalaman dari kehidupan
iii-Adat dan norma masyarakat.
2.1.4        Tokoh
1)      Ibnu Khaldun
Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman Abu Zaid Waliyuddin b. Khaldun Al-Maliki al-Khadrami. Beliau dilahirkan pada 733 Hijrah bersamaan 1332 Masihi di Naisabur. Beliau meninggal dunia pada 808 Hijrah bersamaan 1406 Masihi, ketika berusia 74 tahun. Beliau merupakan seorang pakar sejarah yang terkenal sehingga ke hari ini. Selain itu, beliau juga merupakan pakar dalam ilmu sosiologi dan juga merupakan seorang ahli falsafah.
Karya-karya beliau banyak mengaitkan sesuatu perkara dengan perkembangan rohani, akal dan akhlak. Dalam bidang ekonomi misalnya, beliau menganggap bahawa rezeki yang dikurniakan oleh Allah mestilah dibahagikan sama rata dan dibelanjakan kepada perkara-perkara baik untuk kesejahteraan umat sejagat. Kitab Al-Muqaddimah merupakan karya beliau yang teragung. Kitab lain yang penting ialah :
a)      Al-Ibbar yang mnyentuh tentang ekonomi dan sejarah.
b)      Al-Ta'rif yang menyentuh persoalan ekonomi.



2.1.5        Sumbangan
Orang Eropah juga mendapat pengetahuan dalam bidang ekonomi daripada tamadun Islam seperti kegiatan perdagangan, perindustrian, teknologi pertanian serta sistem perairan. Teknik tanaman seperti sekoi, padi, tembikai, aprikot dan limau telah dipe­lajari daripada orang Islam. Tokoh-tokoh Islam yang dicontohi ialah Ibn Baytar dan al-Ghafiqi.
Tamadun Islam juga telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang perubatan. Tokoh-tokoh Islam yang terkenal dalam bidang perubatan ialah al-Razi dan al-Asrar. Al-Razi telah menghasilkan buku berjudul al-Hawi. Buku Ibn Sina berjudul al-Qanun telah menjadi bahan rujukan di Eropah.
            Dalam bidang perkilangan, misalnya kilang membuat senjata di kota-kota besar Islam seperti Cordova dan Baghdad telah memberikan sumbangan besar kepada Eropah.
            Dalam bidang matematik pula, ramai penuntut Eropah yang datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Adelard telah berguru dengan orang Islam dan beliau telah menterjemahkan karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor Arab dalam terjemahannya. Seorang lagi tokoh matematik Eropah ialah Leonardo Fibonacci of Pisa. Beliau telah mempelajari ilmu matematik dengan orang Islam di Andalus. Begitu juga George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke-15M banyak berpandukan kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam seperti Ibn al-Zarqiyali.
            Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuh­-tumbuhan. Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuh-tumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh dalam bidang farmakologi.
Umat Islam turut menghasilkan kain dan kertas bermutu tinggi melalui kemajuan teknologi yang mereka miliki. Dalam bidang pertanian, mereka telah membina kincir air dan kincir angin.
2.2  TAMADUN CHINA
2.2.1        Konsep
Tamadun China dipercayai bermula kira-kira pada abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yang tertua di muka bumi. Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain, integratif dan dinamik menyebabkanya menjadi lebih mampan walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain. Walaupun mengalami perubahan-perubahan dalam proses perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkan sebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.
Bangsa China adalah digabungkan oleh lima kaum besar bernama Zhonghua Minzu (Bangsa Tionghua). Pada peringkat awal bangsa China dikenali sebagai bangsa Huaxia kemudian bertukar kepada Han pada Dinasti Han dan bangsa Tang (Dinasti Tang). Konsep negara Zhong Guo (Tiongkok) membawa pengertian Negara Tengah. Tamadun negara merujuk semangat mengkeluargakan seluruh unit kecil kenegaraan dengan jia (keluarga).
2.2.2        Ciri-ciri
1)      Alam Sekitar
Peradaban Yangshoa yang menjadikan bijirin (milet) sebagai makanan asasi telah menggalakan perkembangan dalam kegiatan pertanian. Tapak peradaban Yangshoa yang terletak di kawasan di mana tanah pasirnya telah dimendapkan oleh angin selama berkurun-kurun lamanya menjadikan kawasan ini subur dan sesuai untuk kegiatan pertanian. Geografi Negara China yang luas, menyebabkan keadaan cuaca yang berbeza dan ini telah mempertembungkan dua kebudayaan iaitu Kebudayaan Milet (Bijirin) dan kebudayaan Sawah Padi, yang wujud secara berasingan di bahagian Utara dan Selatan China.
2)      Bahasa dan sistem tulisan China
Bahasa China telah digunakan dengan meluas di zaman silam dan ia masih digunakan sekarang berbanding dengan bahas-bahasa kuno lain. Hali ini adalah kerana walaupun mempunyai pelbagai sebutan dialek, tetapi hanya satu tulisan bercirikan karektar digunapakai oleh semua rakyat China.
Karektar yang digunapakai dalam tulisan China biasanya berdasarkan kepada lambang bergambar (xiang xing) dan dikenali sabagai Hanzi (tulisan Han), lambang petunjuk (zhishi), lambang petunjuk fikiran (huiyi), dan gabungan bentuk bunyi (xing sheng), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu huruf Cina, iaitu ‘mutual semantik transfer’ (zhuanzhu) dan ‘loan character’ (jiajie). Keedah-kaedah tersebut digolongkan sebagai ‘six principles of writing’ (liushu).        
3)      Pembentukan bangsa Tionghoa
Menurut para sarjana China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar iaitu kumpulan Yan-Huang yang diwakili oleh kaum Yang Di dan Huang, kumpulan Feng-Yang dan kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku kuam bagsa di Selatan China.
Proses peredaran zaman yang panjang telah membentuk kerjasama antara bangsa tersebut. Peperangan, berinteraksi, berkahwin campur dan tiru-meniru budaya dikalangan bangsa ini telah mewujudkan satu bangsa yang kuat yang dikenali sebagai bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu).
4)      Pandangan semesta dan kepercayaan
Pandangan animisme merupakan pegangan dan kepercayaan penduduk primitif China di mana pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud pada zaman neolitik dengan bangsa Yangshao dan Longshan lagi. Selain daripada kepercayaan animisme ini, konsep Tian iaitu langit sebagai makluk unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou (kk 1123 SM-221SM).
Dong Zhongshu (179 SM – 104 SM), seorang lagi pujangga konfusianisme di zaman dinasti Han mencipta satu falsafah Yin-Yang yang menceritakan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian. Oleh itu wujud satu pertalian di antara insan dengan Tian. Kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menyebabkan kemarahan oleh Tian dengan mencipta keadaan luar biasa sebagai menifestasi amarannya.
Konsep Tian juga wujud dalam kepercayaan Daoisme. Kitap Daoisme dan Yijing menceritakan bahawa Tian adalah segala-galanya. Kelahiran sesuatu hayat juga dipercayai akan berakhir dan kembali kepada akhir hayat mereka iaitu Dao.
5)      Sistem politik dan pemerintahan
Perkembangan pesat pemikiran politik di China bermula pada zaman pemerintahan dinasti Qin (221 SM – 209 SM). Antara aliran pemikiran politik yang penting ialah Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme.
6)      Kemasukan Islam di China
Peluasan kawasan Islam itu berlaku ketika di zaman khalifah AL-Walid bin Abdul Malik. Panglima Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam ke Timur hingga ke sempadan negara China adalah Qutaibah bin Muslim.
2.2.3        Sumber
Tamadun China menjadi falsafah Confucianisme, Legalisme, Lao Tze, Taoisme dan juga Maoisme sebagai sumber falsafah China. Falsafah China amat memberikan penekanan kepada hal yang berkaitan dengan manusia, iaitu hubungan manusia dengan manusia. Terdapat banyak kitab dan buku yang telah ditulis oleh tokoh-tokoh pada tamadun China. Antaranya ialah :
1)      Buku yang ditulis oleh I-Ching :
·         Nam Hai Chi Kuei
·         Ta Tang Si Yu
2)      Kitab yang ditulis oleh Kung Fu Tze :
·         Shu Ching
·         Yueh Ching
3)      Buku yang dikarang oleh Mo Tzu
·         Tao Te Ching
2.2.4        Tokoh
1)      Kung Fu Tze ( pengasas falsafah Confucianisme )
Confucius dilahirkan pada 551 SM di Zhou yang terletaknya di negeri Lu pada zaman Chunqiu China. Beliau menerima pendidikan dalam bidang muzik, penulisan dan ritual. Semasa berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan wafat pada usia 72 tahun (479 s.m). Walaupun Confucius telah meninggal dunia, tetapi ajaran dan falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokong di seluruh China.
Ajaran Confucius dimuatkan dalam kitab Lun Yu (Analects) yang disusun oleh anak-anak muridnya. Kitab Analects banyak mengandungi order sosio-politik yang normatif, perlakuan-perlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika. Falsafah Confucius mendidik manusia melalui saluran pendidikan menghasilkan manusia yang sempurna yang dipanggil Junzi (budiman). Junzi merupakan seorang yang memiliki sepenuhnya hikmah ren (berperikemanusiaan), li (kesusilaan) dan xiao (ketaatan kepada ibu bapa).

2)      Lao Tze ( pengasas falsafah Taoisme )
Lao Tze dilahirkan di negeri Chu (sekarang Henan) pada tahun 604 sebelum masihi (SM). Nama asal beliau adalah Hi Erh. Lao Tze telah dilantik sebagai pustakawan di arkib Dinasti Chou. Oleh itu, beliau menggunakan peluang keemasan ini untuk banyak membaca sehingga berpengetahuan luas. Lao Tze telah meletak jawatannya ketika keruntuhan Dinasti Chou. Beliau menentang keras terhadap keganasan. Bagi Taoisme, masyarakat yang diinginkan ialah masyarakat yang mudah dan primitif berbanding masyarakat yang rumit kerana ia dikatakan membawa masalah.
Taoisme adalah berasaskan ajaran Lao Tze. Ajarannya terkandung dalam buku Tao Te Ching atau Book of Taoist Virtue. Menurut ajaran Taoisme, setiap tindakan ditentukan oleh Tao (jalan). Lao Tze menyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan dengan menggunakan konsep Yin-Yang dalam Taoisme. Taoisme menegaskan bahawa kerajaan yang paling berkesan adalah kerajaan yang paling sedikit memerintah dengan undang-undang dan peraturan yang sedikit serta mudah difahami oleh rakyat.
2.2.5        Sumbangan
1)      Kesusasteraan dan Kesenian
Terdapat pelbagai genre sastera China klasik seperti puisi, prosa, drama dan juga fiksyen. Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari pelbagai daerah mula berkembang dan dipentaskan kepada umum. Dari sini, lahirlah opera China yang menjadi salah satu kegemaran rakyat China dalam drama. Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun China. Perkembangan kaligrafi telah menghasil pelbagai bentuk tulisan China..
2)      Sains dan teknologi
Kajian arkeologi menunjukkan sains dan teknologi China telah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Pada awalnya teknologi kejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Antara lain-lain teknologi adalah dalam bidang astronomi, perubatan, optik dan kimia.
Sempoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik China iaitu Xu Yue dalam kurun ke-2 SM. Buku jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik) yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2 menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan.
Perkembangan perubatan China bermula dari sistem perubatan China tradisional yang terdiri dari teori kosmik dualistik yin dan yang, teori lima elemen, dan juga teori jing dan luo. Buku-buku perubatan China seperti Huangdi neijing dan Bencao gangmu dipercayai sebagai pemangkin kepada perkembangan perubatan modem oleh barat.
Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun China iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas. Teknologi pencetakkan telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahli kimia China pada kurun ke-7. Penemuan tentang gejala magnet aruhan dalam kurun ke-6, pengherotan dan juga kekutuban magnet pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan penghasilan kompas yang digunakan semasa pelayaran.

2.3  TAMADUN INDIA
2.3.1        Konsep
Tamadun India merangkumi dua bahagian utama benua kecil India : Indo-Arya (Utara) & Dravida (Selatan). Tamadun ini wujud antara tahun 2500 hingga 1800 S.M. Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus. Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
2.3.2        Ciri-ciri
1)      Pentadbiran dan perundangan
Pada tahap awal pembentukannya,tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan, iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. Manakala kerajaan besar dikeyuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.
Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan ini diikuti dengan golongan Kryatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.
2)      Peningkatan Ekonomi
Tamadun India menjalinkan hubungan perdagangan dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara. Perkembangan pesat sektor ekonomi ini telah merangsang kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai stresthin di setiap bandar. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barangan, dan gaji pekerja. Semasa Zaman Gupta, bentuk mata wang emas telah digunakan.
3)      Pendidikan
Peningkatan dalam bidang pendidkan bermula pada Zaman Vedik. Pendidikan pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi terasnya. Bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting.
4)      Bahasa dan Kesusasteraan         
Kelompok Dravidia dan Indo- Arya mempunyai budaya serta bahasa yang berbeza. Bagi masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah seperti Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya. Bahasa utama pada Zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit.
5)      Sistem Sosial
Dalam tamadun India, perkara penting yang harus diperhatikan dalam sistem sosial ialah kewujudan sistem kasta. Sistem ini mempunyai empat kasta utama, iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. Keempat-empat kasta ini mempunyai tangggungjawab yang berbeza. Sistem kasta ini menjadi darah daging kepada sistem sosial India dan sistem ini diikuti dengan ketat.
2.3.3        Sumber
Sumber bagi tamadun ini ialah Kitab Veda. Selain itu, sumber lain tamadun ini ialah kitab Dharma Sastra yang telah dijadikan panduan untuk menggubal undang-undang. 
2.3.4        Tokoh
1)      Mahatma Gandi
Beliau dilahirkan pada 2 Oktober, 1869, di Porbandar, sebuah pekan kecil di wilayah Gujarat. Keluarganya dari kelas pertengahan dari kasta Vaishya. Pada usia 18 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya di Southampton, England dalam bidang undang-undang. Di samping mempelajari undang-undang, beliau mula menunjuk minat dalam bidang keagamaan. Pada 1891, beliau telah lulus peperiksaan dan pulang ke India sebagai seorang peguam.
Antara sumbangan beliau ialah menubuhkan gerakan bukan kekerasan. Selain itu, beliau juga membantu mencapai kemerdekaan India. Ketika kembali ke India, dia membantu dalam proses kemerdekaan India dari jajahan British. Prinsip Gandhi, satyagraha, sering diterjemahkan sebagai "jalan yang benar" atau "jalan menuju kebenaran", telah menjadi sumber inspirasi pelbagai generasi aktivis-aktivis demokrasi dan anti-rasisme seperti Martin Luther King, Jr. dan Nelson Mandela. Pada 30 Januari 1948, Gandhi dibunuh seorang lelaki tidak siuman dari Poona, bernama Nathuram Godse.

2)      Siddharta Gautama Buddha
Gautama Buddha nama aslinya pangeran Siddhartha, beliau merupakan Putra raja Kapilavastu, timur laut India. Siddhartha dikatakan lahir di Lumbini yang kini termasuk wilayah negara Nepal. Beliau merupakan pengasas kepada agama Buddha. Saat dia wafat, tahun 483 sebelum Masihi, ratusan ribu orang telah memeluk ajarannya. Meskipun ucapan-ucapannya masih belum ditulis oleh sesiapa pun tetapi petua-petuanya dihafal oleh banyak pengikutnya dan diwariskan dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Dua cabang besar Agama Buddha adalah cabang Theravada dan Mahayana. Pengaruh Theravada tersebar terutamanya di Asia Tenggara dan menurut anggapan sebahagian besar sarjana-sarjana Barat cabang inilah yang paling mendekati ajaran-ajaran Buddha yang asli. Pengaruh cabang Mahayana terletak di Tibet, China dan juga di Asia Tenggara secara umum.


2.3.5        Sumbangan
Antara pencapaian penting atau utama yang telah dibangunkan oleh tamadun ini adalah ciri perancangan bandarnya yang begitu sistematik. Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca. Penggunaan jendela berkisi dibuat untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari manakala batu marmar putih seperti terdapat di Rajasthan digunakan sejak zaman Moghul untuk kurangkan bahang.
Pada zaman Dinasti Maurya di bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai zaman kegemilangan. Seni bina zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha. Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu stupa yang dibuat dari batu dan berbentuk kubah. Dalam seni Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman Asoka.
Untuk seni ukiran, masyarakat Indus telah menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan ala-alat perhiasan. Tiang-tiang Asoka yang dibina dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai ketingian 40 kaki dan di hujungnya terdapat bentuk loceng dan bentuk empat segi yang dihiasi dengan gambar binatang seperti harimau, roda sebelum diletakkan gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan
2.4  TAMADUN JEPUN
2.4.1        Konsep
Walaupun orang Jepun seperti bangsa-bangsa moden yang lain berasal daripada berbagai-bagai keturunan darah, mereka adalah pada dasarnya berketurunan Monggol yang rapat pertalian dengan jiran-jirannya di negeri Korea dan negeri China. Mengikut teori-teori yang diketahui umum, orang Jepun yang mula-mula menduduki kepulauaan Jepun adalah dari Selatan melaui Pulau Farmosa dan Ryukyu, tetapi bukti-bukti dari segi kaji purba menunjukkan dengan jelas bahawa kebanyakkan daripada orang Jepun yang mula-mula sampai ke Jepun melalui Korea.



2.4.2        Ciri-ciri
1)      Sistem pemerintahan
Pada awal perkembangan tamadun sebelum pembaharuan terhadap sistem pemerintahan maharaja berlaku, maharaja-maharaja Jepun merupakan ketua pada nama sahaja. Kuasa sebenar terletak pada para bangsawan, pemangku raja dan Shogun (gabenor tentera).
2)      Agama dan Kepercayaan
Agama orang Jepun pada mulanya, adalah pada dasarnya hanya menyembah alam sekeliling, tetapi barangkali disebabkan oleh pengaruh China, kemudiannya memasukkan unsur menyembah nenek moyang. Dengan tidak bernama pada mulanya, akhirnya cara menyembah ini di beri nama Shinto. Shinto bermaksud ‘kehendak-kehendak tuhan’.
3)      Pengkhususan pekerjaan
Pada asasnya, pengkhususan pekerjaan masyarakat Jepun mengikut hierarki susun lapis masyarakat, sama dengan tamadun-tamadun yang lain.
Susun lapis ini bermula dari maharaja, syogun, Daimyo, Samurai, petani, dan seterusnya golongan pedagang dan artisan.
4)      Wilayah Geografi
Negara kepulauan, terasing daripada pengaruh kebenuaan dan mempunyai bentuk tamadun unik.
5)      Petempatan kekal
Budaya Jomon timbul sekitar 11000 S.M dengan berakhirnya zaman ais. Gaya hidup mereka berkembang dari cara Mesolitik ke Neolitik. Masyarakat Jomon juga merupakan penghasil barang-barang tembikar yang terawal di dunia. Pendapat lain mengatakan, sejarah awal perkembangan tamadun moden Jepun bermula ekoran daripada kedatangan orang-orang Mongol sekitar kurun ketujuh S.M ke sekitar kepulauan Jepun. Ekoran daripada itu maka wujudlah suatu petempatan kekal yang akhirnya berkembang pesat menjadi sebuah tamadun yang unggul di Asia Tenggara. Permulaan zaman Nara pada kurun kelapan ditanda dengan penubuhan sebuah pemerintahan yang kuat dan berpusat di bandar Heijokyo (kini Nara). Pusat tersebut kemudiannya berpindah ke Heiankyo (kini Kyoto), dan di sini lahir sebuah budaya klasik Jepun yang dikenali sebagai Heian.


6)      Sistem tulisan dan bahasa
Dipengaruhi oleh sistem tulisan Tamadun China seawal kurun keenam dan ketujuh. Sistem tulisan dan tamadun jepun telah melalui proses asimilasi.

2.4.3        Sumber
Sumber tamadun ini ialah Tokugawa ialah Ordinan Kinchu Sha-Hatto (Peraturan bagi Istana) dan Undang Undang Buke-Sho-Hato (Ordinan bagi Rumah-Rumah Tentera).
2.4.4        Tokoh
1)      Tokugawa Ieyasu
Tokugawa Ieyasu (lahir di Okazaki, 31 Januari 1543 – dan meninggal di Shizuoka, 1 Juni 1616 pada umur 73 tahun; lahir dengan nama Matsudaira Takechiyo) adalah seorang daimyo dan shogun di Jepang.
Tokugawa Ieyasu  telah mendominasi arena politik Jepun dari tahun 1603 sehingga 1616 dan merupakan pemimpin teragung Jepun dalam abad ke 17. Beliau telah mengasaskan Kesyogunan Tokugawa (1603-1867) yang merupakan kerajaan tentera yang memerintah paling lama dalam sejarah Jepun. Beliau telah berjaya menyatukan Jepun yang merupakan satu tanggungjawab yang tidak pernah diselesaikan oleh Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi.
Secara amnya, Bakufu Tokugawa telah membawa satu era yang aman dan stabil serta berlanjutan selama hampir 200 tahun. Pada zaman ini banyak kemajuan yang telah dilakukan terutama dalam bidang pertanian, perdagangan, kesenian, sastera dan lain-lain. Masyarakat Tokugawa adalah sebuah masyarakat yang berpelajaran dan terdapat hampir 60 000 Terakoya atau sekolah  kampung yang menampung keperluan pendidikan anak - anak kaum tani. Sekolah-sekolah elit yang memberikan didikan kepada anak-anak samurai juga telah didirikan oleh Bakufu dan tuan-tuan tanah. Kajian tentang buku-buku klasik China dan Kung Fu Tze telah dimajukan, di samping pembelajaran bahasa Belanda atau Rangaku yang juga telah menerima sokongan golongan Daimyo.

2)      Maharaja Meiji
Maharaja Meiji (3 November 1852 hingga 30 Julai 1912) ialah Maharaja Jepun yang ke-122 menurut susunan pewarisan takhta tradisional, memerintah sejak 3 Februari 1867 sehingga hari kemangkatan baginda. Nama diri baginda ialah Mutsuhito. Seperti maharaja-maharaja sebelumnya, baginda dikenali dengan nama posthumus selepas mangkat. Selepas kemangkatan baginda bermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan zaman pemerintahan mendiang maharaja kepada baginda setelah mangkat.
Oleh sebab memerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan kesedaran), baginda kini dikenali sebagai Maharaja Meiji. Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-maharaja Jepun hanya digelar dengan nama posthumus mereka di Jepun. Penggunaan nama diri maharaja itu boleh dianggap kurang sopan. Era Meiji yang berlangsung selama 44 tahun iaitu dari 1868 hingga 1912 itu merupakan satu era yang penting dalam sejarah Jepun. Era ini juga dikenali sebagai pemulihan Meiji di mana bermulanya pemodenan–pemodenan baru yang dilakukan setelah Jepun mengamalkan dasar tutup pintunya selama hampir 200 tahun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa. Pemerintahan Meiji atau Pemulihan Meiji bertujuan untuk mengembalikan maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi.
2.4.5 Sumbangan Tamadun Jepun
1. Sektor Ekonomi
Dalam sektor ekonomi, sistem pertanian moden ditekankan melalui penggunaan peralatan-peralatan moden, sistem batas, pemilihan tanah dan baja serta biji benih. Hasil-hasil pertanian yang telah dituai akan disimpan di dalam gudang.
2.      Bidang Pertanian
Tamadun ini juga telah memperkenalkan teknik pengairan yang cekap, sistem penanaman dan penuaian yang lebih moden serta tangkas.


No comments:

Post a Comment