1.0
PENGENALAN
Kepentingan dalam bidang perkembangan
kanak-kanak mula muncul pada awal abad ke-20. Pelbagai teori perkembangan
kanak-kanak yang telah dikemukakan oleh pelbagai tokoh telah menjadi asas
kepada perkembangan pendidikan awal kanak-kanak kini. Dalam konteks
kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan
berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang
mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ‘ilmu’ atau
kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang
pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai
persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of Education
and Science, 1990).
Pernyata dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur,
di barat malah seanterio dunia , dapatan kajian membuktikan bahawa pendidikan
awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin
kepada visi dan wawasan negara. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat
misalnya menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk
pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi
samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan
masyarakat di negara tersebut.
Pelbagai teori telah dijadikan dirujukan untuk membentuk kurikulum,
dasar dan juga program dalam pendidikan kanak-kanak di negara kita. Selain itu,
perkembangan pendidikan kanak-kanak di negara kita juga banyak dipengaruhi oleh
teori-teori perkembangan kanak-kanak seperti teori perkembangan kognitif Jean
Piaget, teori perkembangan psikososial Eric Ericson dan teori perkembangan
fizikal Robert Havighurst.
2.0
TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Terdapat pelbagai teori yang telah diutarakan oleh pelbagai
tokoh berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak dari segi emosi, moral, fizikal
dan kognitif.
2.1 TEORI
PERKEMBANGAN KOGNITIF - JEAN PIAGET
Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland
pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang
Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson.
Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam.
Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1981 ketika berusia 84
tahun.
Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh
yang amat penting di abad ke dua puluh. Latar belakang beliau ini memberikan
banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet
bagi membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak
berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak,
tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean,
pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana
proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. Ekoran
daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada
perkembangan kognitif kanak-kanak.
Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara
menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap
individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi
perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget mengenalpasti
empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran
individu.
·
Kematangan biologi.
Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka atau genetik.
·
Interaksi individu
dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami
perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan
menyusun maklumat yang didapati.
·
Pengalaman sosial.
Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan
orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan
sebagainya.
·
Keseimbangan. Proses
keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu
untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.
Menurut Piaget (1960), semua manusia dilahirkan dengan kecenderungan secara positif untuk berinteraksi
dan mentafsir persekitarannya. Kita sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu
situasi, dalam menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang selesa
sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang
tidak dijangka. Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari
penyelesaian atau keseimbangan.
Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman,
mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman ini di dalam minda masing-masing dan
membentuk satu sistem yang dipanggil skema. Proses penyusunan dan pembentukan
skema ini dipanggil organisasi. Skema-skema ini akan digunakan oleh individu
apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukkan
skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan
pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih
kompleks. Contohnya, bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek,
kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda atau skema
untuk mengenal huruf. Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan
berdepan dengan situasi yang baru. Contohnya, kanak-kanak yang telah mengenal
huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut
membentuk perkataanDalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan
dengan masalah. Mereka perlu mengubahsuai skema lama kepada skema baru di
panggil adaptasi.
Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu
asimilasi dan akomodasi. Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami
pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema
yang telah sedia ada. Contohnya, dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan
menyatakan ‘d’ sebagai ‘b’ apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan
bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan skema
lama yang telah ada. Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar
skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah
cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya
membentuk skema baru. Di dalam contoh tersebut, akomodasi berlaku apabila
kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan ‘d’ daripada ‘b’. Menurut Piaget,
proses mengorganisasi, mengamilasi dan mengakomodasi adalah proses yang
digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Individu akan terus
menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.
2.1.1 Peringkat
Perkembangan Kognitif Teori Piaget
Peringkat Sensori Motor ( 0 hingga 2 tahun )
Pada peringkat umur bayi, mereka belajar melalui
interaksi deria dengan persekitarannya. Sebagai contoh, bayi akan mengangkat
benda, memain-mainkannya, merasa dan menggigitnya. Di samping itu, mereka
memerhatikan benda itu melalui penglihatan dan pendengaran bunyi. Di peringkat
umur dua tahun, bayi memperoleh kepercayaan tentang pengekalan objek, iaitu
objek itu akan terus wujud walaupun objek tersebut tidak dapat dilihat dan
disentuh. Selain itu, mereka dapat melakukan tindakan ulangan seperti menghisap
ibu jari. Pada peringkat ini juga, mereka mula meniru perlakuan yang tidak
pernah mereka lakukan sebelum ini. Mereka mempelajari perlakuan ini melalui
pemerhatian terhadap orang lain atau melalui objek yang dapat dilihat dan
disentuhnya. Kesimpulannya, pembelajaran kanak-kanak pada tahap ini bergantung
kepada pengalaman sensori dan motor iaitu dengan menggenggam, menghisap dan
lain-lain.
Peringkat Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun )
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula berfikir secara
lojik tetapi belum boleh menguasai kebolehan memproses kemahiran berfikir
mengikut peraturan-peraturan yang lojik. Namun begitu, kanak-kanak mula
mempraktikkan kemahiran yang baru diperoleh dengan menggunakan simbol untuk
mewakili objek. Ini dapat dilihat dari sifat pemikiran simbolik melalui
permainan olok-olok, animisme dan egosentrik. Salah satu aktiviti pemikiran
simbol ialah lakonan drama yang menjadi pengalaman hidup. Berdasarkan
pengalaman, kanak-kanak pada peringkat ini suka bermain masak-masak, berlagak
menjadi doktor, dan berlagak sebagai penjual dan pembeli. Lakonan ini juga
adalah permainan olok-olok. Penggunaan bahasa kanak-kanak pada peringkat ini
berkembang maju. Kanak-kanak masih belum mampu membezakan antara benda bernyawa
dan tidak bernyawa yang mana mereka percaya bahawa benda tidak bernyawa seperti
pokok boleh bercakap seperti manusia. Piaget menyebut keadaan ini sebagai
animisme.
Pada
permulaan peringkat praoperasi, kanak-kanak mempunyai kesukaran mengoperasi
konsep, misalnya mereka tidak dapat mengira mengikut urutan dari satu hingga
sepuluh. Oleh itu, pada peringkat ini pengajaran kanak-kanak hendaklah sesuai
dengan tahap mereka.
Peringkat Operasi yang Konkrit ( 7 hingga 11 tahun )
Pada peringkat sekolah rendah, pemikiran kanak-kanak
lebih fleksibel, dapat berfikir melalui peraturan lojik atau melakukan operasi
mental dengan tersusun. Kanak-kanak hanya boleh melaksanakan pemikiran lojik
dalam keadaan yang konkrit atau menggunakan bahan maujud.
Peringkat Operasi Formal ( 11 hingga 15 tahun )
Pada peringkat ini, mereka tidak lagi dikenali sebagai
kanak-kanak tetapi remaja. Piaget berpendapat mereka dapat berfikir secara
lojik, termasuk pemikiran abstrak dan membuat hipotesis. Mereka juga berupaya
menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak dengan penguasaan kebolehan
penyelesaian masalah yang dikombinasikan pengetahuan, pengalamnan dan
kemahiran. Pendekatanpengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan yang
lebih banyak. Pelajar di sekolah menengah digalakkan mendengar, membaca dan
berbincang, kemudian melakukan latihan.
2.1 TEORI
PERKEMBANGAN FIZIKAL – ROBERT HAVIGHURST
Robert Havighurst merupakan seorang ahli psikologi
Amerika yang terkenal dengan teori perkembangan sosio budaya dan antropologi.
Beliau berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh
persekitarannya. Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut
dipengaruhi oleh nilai-nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya.
Menurut beliau lagi, faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi
perkembangan seseorang individu.
Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep
tugas-tugas perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu
tugas yang lahir pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut.
Menurut Havighurst (1967), kejayaan dalam mencapai tugas ini akan memberikan
kegembiraan kepada individu tersebut manakala kegagalan akan membawa kesedihan
dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas yang selanjutnya. Beliau telah
membahagikan tugas perkembangan kepada tiga peringkat iaitu :
·
Peringkat Bayi dan Awal
Kanak-kanak ( 0-6 tahun)
·
Peringkat Pertengahan
Kanak-kanak ( 6-12 tahun )
·
Peringkat Awal Remaja
dan Remaja ( 12-18 tahun )
2.2.1
Peringkat-peringkat Perkembangan Fizikal Teori Havighurst
i) Peringkat Bayi dan Awal Kanak-kanak ( 0-6 tahun)
Kebanyakkan kanak-kanak mula berjalan di antara umur 9-15
bulan. Pada peringkat ini, semua urat dan otot di kaki dan badan mula berkembang
ke tahap yang mampu mencapai tugas perkembangan ini. Kanak-kanak akan mula
berlari dan melompat selepas pandai berjalan. Sistem penghadaman kanak-kanak
beransur-ansur bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan.
Seterusnya organ-organ menguyahnya akan berkembang sehingga dapat mengunyah makanan pejal
apabila umurnya mencapai 2 tahun.
Kanak-kanak mula menyebut dan berkomunikasi dengan menggunakan bunyi
untuk bercakap. Pertuturan menjadi cara mereka meluahkan perasaan mereka sama
ada suka atau tidak terhadap sesuatu. Latihan membuang air kecil dan besar pada
masa dan tempat yang sesuai adalah latihan yang pertama yang diterima oleh
kanak-kanak. Kesan latihan ini mungkin berterusan dan mungkin mempengaruhi
waktu kanak-kanak tersebut pada kemudian hari.Kanak-kanak juga sedar sejak awal
lagi tentang perbezaan jantina manusia. Sejak awal lagi kanak-kanak diajar
bertingkah laku sebagai seorang lelaki dan perempuan serta menjaga pergaulan
mereka. Kemudian ia juga mengetahui perbezaan struktur tubuh lelaki dan
perempuan.
Selain itu pada peringkat ini kanak-kanak juga telah
bersedia untuk belajar dengan memberi fokus kepada tanda-tanda yang mewakili
huruf dan perkataan. Kesediaan membaca juga dapat diasuh melalui pengalaman
langsung kanak-kanak. Ketika kanak-kanak berumur 6 tahun, Kanak-kanak sudah
pandai untuk bertolak ansur dan bertimbang rasa. Mereka juga sedia mendengar
pandangan orang lain dan boleh membezakan betul dan salah.
ii) Peringkat Pertengahan Kanak-kanak ( 6-12 tahun )
Pada peringkat ini kanak-kanak dapat menguasai beberapa
kemahiran fizikal dalam permainan. Hal ini kerana pertumbuhan tulang dan otot
kanak-kanak mula berkembang. Dalam hal ini pengaruh rakan sebaya memainkan yang
amat penting terhadap kanak-kanak. Jadi kanak-kanak haruslah diasuh dengan
didikan sempurna untuk membina sikap diri yang baik. Kanak-kanak mula belajar
bertolak-ansur dengan rakan sebaya dalam kehidupan sosial mereka. Pertumbuhan
ini juga akan menyebabkan kanak-kanak berasa jauh dari keluarga dan akan pergi
kepada rakan sebaya. Kanak-kanak juga harus belajar peranan jantina mereka.
Dalam hal ini mereka dibantu oleh pengaruh ibu bapa, adik beradik serta saudara
mar. Di sekolah pula guru berperanan memberikan contoh yang terbaik kepada
murid-murid.
Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh menguasai
kemahiran-kemahiran asas iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira (3M).
Kanak-kanak juga mula berkawan dengan orang lain dan mampu memahami konsep
hidup serta moral. Selain itu, mereka mula memahami dan belajar membentuk sikap
yang mengakui hak, keupayaan dan kelemahan pada setiap individu.
iii) Peringkat Awal Remaja dan Remaja ( 12-18 tahun )
Pada peringkat ini, golongan remaja akan mengalami
perubahan dari segi bentuk badan dan suara. Kanak-kanak perempuan akan
berkelakuan sebagai orang perempuan dan lelaki akan berkelakuan orang lelaki.
Mereka harus memahami bagaimana untuk bergaul dan bersosial bersama kawan-kawan
yang berlainan jantina. Remaja juga
belajar membentuk emosi daripada ibu bapa iaitu belajar untuk
menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Selain itu, remaja harus bersedia
memilih satu pekerjaan yang sesuai untuk masa depannya. Remaja juga sedang
mempelajari peranan dan tanggungjawab yang sewajarnya dalam kehidupan mereka
pada dewasa kelak.
Casino Near Me - Mapyro
ReplyDeleteThis is a map showing casino hotels and motels located near Casino Near Me 영주 출장샵 in Washington, 남원 출장샵 D.C. 청주 출장샵 in 안양 출장안마 realtime at 13 casinos in United 여주 출장마사지 States of America.